بسم الله الرحمن الرحيم
اسلام عليكم ورحمة وبركته
"Allahu akbar.." kata hatiku. Aku berazam tidak akan mengulangi kesilapanku yang telah kulakukan dulu. Kini, aku tenang dalam mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa. Aku berjalan-jalan di tepi pantai sambil memikirkan betapa kerdil diriku ini. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Ombak bergelora berulang-ulang kali. Burung-burung berkicauaan serta bertebangan bagaikan mengetahui masa untuk pulang ke rumah. Suara kanak-kanak yang menghiasi alam sedang berkejar-kejaran antara satu sama lain. Beberapa minit kemudian, aku duduk beralaskan pasir di persisiran pantai sambil mengadap ke langit yang warnanya penuh dengan campuran ungu, oren dan kemerah-merahan.
Ingatanku merewang ke memori lama yang telah ku simpan rapi. "Sudahlah ummi! Itu tak boleh, ini tak boleh. Semua tak boleh! Apa yang boleh?!", bentakku kerana ketidak puasan hati dengan ummi. Hatiku menjadi sebal dan geram. Lantas itu, bisikan syaitan terus menerjah ke gegendang telingaku; "Hah! Lepaskan segala amarah kau kepada ummi yang telah kau pendamkan.. Inilah masanya. Biar ummi kau tahu segala yang kau pendamkan..". "Untuk ukhti Balqis, semua boleh! Untuk ana semuanya dihalang!", ujarku dengan rasa amarah bila mengenangkan kembali layanan ummi terhadap ukhti Balqis. Oleh kerana amarah sudah meluap-luap, aku terus ke bilik sambil menghentak kakiku kemudian menutup pintu dengan kuat agar ummi tahu bahawa aku geram terhadapnya. Semalaman aku kurung diriku dalam bilik cuma hanya sesekali keluar untuk ke tandas atau mengambil wuduk untuk menunaikan kewajipanku terhadap Ilahi.
Secara tidak langsung, ummi terasa kecil hati akan sikapku. Ummi menangis teresak-esak di dapur sehingga abi pulang ke rumah. Abi terdengar suatu suara yang sedang menangis lalu terus abi mencari suara tersebut tanpa mengucap salam seperti kebiasaannya tatkala sampai di muka pintu. "Eh? Ummi? Kenapa ummi menangis ni?", ucap abi kemudian mendekati ummi yang sedang menangis. Abi berasa sayu setelah melihat ummi. Abi memeluk ummi sambil menenangkan ummi yang berada didakapannya. Seketika kemudian, ummi berbicara sambil mengesap air mata, "U-um..Ummi tidak apa-apa, abi". Abi mengangkat keningnya serta menayangkan muka yang tidak meyakinkan akan kata-kata ummi. Ummi meyakinkan pada abi bahawa tidak ada apa-apa yang berlaku walaupun hati kecilnya terasa akan sikap anaknya itu tadi. "Astaghfirullah.. Ummi lupa menyiapkan santapan petang. Maaf ya, abi. Ummi siapkan sebentar", kata ummi sambil berlalu menyiapkan makanan petang. Abi mengangguk kemudian membersihkan diri serta menunaikan solat Asar. Setelah itu, abi dan ummi sedang menikmati hidangan petang sambil berbual-bual.
Keesokkan harinya, setelah aku bersiap-siap untuk ke sekolah, aku keluar dari bilikku dan bersalaman dengan abi sahaja tanpa menghiraukan ummi yang sedang berdiri di sebelah abi. "Ana pergi dulu ya, abi..", ucapku lantas aku bergegas kesekolah kerana aku tidak mahu melihat ummi disebabkan kejadian semalam. Abi menghantar aku dengan pandanganya kemudian abi bertanya kepada ummi tentang sesuatu yang bermain di mindanya, "Ummi.. Ummi, ada masalah dengan Insyirah, ya?" Lembut abi tanya yang mampu membuatkan ummi berasa serba-salah kerana menyembunyikan hal semalam. Ummi mengangguk perlahan setelah lama berdiam diri. Kemudian, ummi menceritakan peristiwa semalam kepada abi. "Tak apa, ummi. Bawa bersabar ya, ummi. Nanti abi cakap baik-baik dengan Insyirah", ujar abi kepada ummi. Setelah itu, abi menyambung kembali sarapan yang disediakan ummi kemudian bersedia untuk ke pejabat. Ummi menghantar abi ke depan muka pintu dan bersalaman dengan abi. Lalu, abi hilang dari pandangan ummi dan ummi masuk kembali ke dalam rumah.
"Kring.. Kring.. Kring!"
Loceng sekolah berbunyi menandakan tamat waktu persekolahan. Insyirah bersiap-siap untuk pulang ke rumah dan bergerak bersama rakan-rakannya. Sedang Insyirah bergelak ketawa bersama rakan-rakannya untuk pulang ke rumah, abi tersenyum dan memanggilnya, "Insyirah! Mari kita pulang sekali!". Insyirah terkejut kerana abi menjemputnya untuk pulang ke rumah. Insyirah mula rasa resah-gelisah kerana abi hanya akan menjemputnya bila dia ada masalah dengan ummi. "Sah! Ummi mesti beritahu abi..", suara hatiku berkata. Kemudian, dia meminta izin untuk pulang bersama abinya kepada rakan-rakannya. Mereka mengganguk lantas bergerak pulang ke rumah. Insyirah pula memasuki kereta abinya dan mendiamkan diri. Abi memulakan bicaranya dengan lembut serta berhikmah, "Puteriku, apa yang telah berlaku antara Insyirah dengan ummi?". Insyirah pula menceritakan peristiwa semalam. Abi mendengar dengan tekun sekali serta membuat penilaian sendiri. Abi lebih rasional dalam melakukan sebarang tindakan oleh sebab itu abi tidak terus menegurnya akan tetapi mendengar pihak kedua untuk berbicara. Abi mengangguk-angguk beberapa kali sebagai tanda mendengar cerita dari Insyirah.
Kemudian, abi menekan pedal untuk bergerak pulang ke rumah kerana sudah lewat. Dalam perjalanan pulang, abi menegur Insyirah, "Mungkin itu salah, ummi. Akan tetapi, Insyirah juga buat salah. Insyirah telah melukakan hati ummi sehingga ummi menangis. Ya, mungkin juga, abi pun telah melakukan kesilapan terhadap Insyirah. Betul, abi dan ummi mengawal Insyirah dengan lebih ketat dan memberi layanan yang berbeza kerana kami melihat sifat Insyirah yang terlebih sosial jika dibandingkan dengan Balqis. Balqis sudah boleh berdikari ketika umur tujuh tahun dan tidak mudah terpengaruh dengan keadaan sekeliling. Tapi, bukan Insyirah. Insyirah fahamkan apa yang abi katakan? Abi tidak mahu keluarga kita berpecah, jadi, abi mahu Insyirah meminta maaf kepada ummi terus setelah sampai. Abi khuatir Insyirah boleh tergolong dalam golongan anak derhaka.
Allah berfirman, mafhumnya: “Dan Tuhanmu memerintahkan agar kamu jangan menyembah melainkan hanya kepada-Nya dan hendaklah berbuat baik kepada orang tua. Dan jika salah satu daripada keduanya atau kedua-duanya berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu menyatakan kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak keduanya. Dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan mulia dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah: “ Wahai Tuhanku, sayangilah mereka keduanya, sebagaimana keduanya menyayangi aku waktu kecil” . (Surah Al-Isra'; ayat 23 dan 24)". Insyirah mendiamkan diri sambil muhasabah diri akan kesilapannya. Tanpa sedar, Insyirah menitiskan air mata kerana menyakiti ummi kesayangannya.
Sampai sahaja dirumah, Insyirah berlari ke dalam rumah untuk mendapatkan umminya. Insyirah memeluk ummi sambil menangis teresak-esak serta memohon ampun akan kesilapan yang telah dilakukannya. "Ummi ampunkan, Insyirah. Ummi juga meminta maaf atas kesalahan yang dilakukan..", ucap ummi sambil mengusap kepala Insyirah serta menitiskan air mata. Abi yang masuk ke dalam rumah tersenyum akan kedua beranak tersebut. Abi berdehem lalu berkata, "Assalamualaikum.. Hai, lupa dekat abi ke?". Serentak itu, ummi dan aku berpaling seraya itu meletus ketawa kami. Detik itu, aku berazam untuk menjadi anak yang solehah lantas menjadi muslimah yang baik.
P/s: Let's be a better muslim!
(1st try in writing while doing da'wah. InsyaALLAH, will become better)




No comments:
Post a Comment