بسم الله الرحمن الرحيم
اسلام عليكم ورحمة وبركته
Aku terdiam sebentar tatkala membaca ayat ini. Aku berasa berdebar-debar tatkala aku memikirkan hal kematian. Aku sering kali alpa dan abai larangan Yang Maha Esa. Aku menutup Al-Quran dan kemudian menyimpan di rak buku. Aku duduk di birai katil sambil mataku memandang ke lantai umpama sinaran laser uv walhal mindaku merewang ke mana entah. Aku muhasabah diriku yang penuh dengan dosa dan noda. Aku menangis teresak-esak sehingga ummi yang kebetulan lalu di hadapan bilikku menjengah masuk.
"Puteri ummi ni, kenapa?", tanya ummi kepadaku setelah mengambil posisi disebelahku.
"U-um..U-mmi.. Ira banyak buat dosa, ummi.. Terlalu banyak...", kataku dengan suara yang tersekat-sekat kepada ummi. Ummi mengusap kepalaku sambil memelukku menandakan ummi memahami isi hatiku.
"Bawa bertenang, anakku.. Ummi faham. Ummi pun ada buat khilaf.. Tiada manusia yang sempurna dalam dunia. Kalau semua manusia berbuat kebaikan, tiadalah mungkar di atas muka bumi ini", ujar ummi sambil tersenyum.
"Ira.. Ira takut untuk menghadapi kematian, ummi. Apakah Ira bersedia dengan bekalan Ira yang serba kekurangan tatkala Malaikat Izrail datang menyapa? Apakah Ira mampu menjawab pertanyaan Malaikat Mungkar dan Nankir di alam kubur kelak? Adakah amal soleh Ira di dunia mampu menghantar Ira ke syurga? Pelbagai soalan datang bertandang di minda Ira, ummi..", bertali-arus aku menanyakan kepada ummi yang tersenyum dan tenang.
"Ira, mahu tahu sesuatu tak? Sebenarnya, ketika Ira sedang mengingati kematian, secara tidak langsung, Ira akan berfikir cara untuk mendekatkan diri dengan Allah lebih dekat. Secara tidak langsung, iman dan aqidah akan lebih kuat serta teguh kerana mendekatkan diri dengan Allah sahaja. Jika, seseorang hambaNYA mendekatkan diri dengan Dia selangkah, Dia akan mendekatkan diri kepada hambaNYA itu tadi dengan berlangkah-langkah. Tak lupa juga, orang yang mengingati kematiannya adalah orang yang bijak sebenarnya..", ujar ummi yang panjang lebar kepadaku.
"Eh? Ya ke, ummi? Bukan ke orang yang bijak adalah orang yang mendapat keputusan yang cemerlang?" soalku kepada ummi sambil tertanya-tanya. Pelik. "Betul lah kan...", ucap kata hati kecilku.
"Salah, wahai puteriku. Di dalam sebuah hadis Nabi diriwayatkan bersabda yang bermaksud : “Orang
yang bijak itu adalah orang yang mempersiapkan dirinya dan beramal (bekerja)
untuk bekalan selepas matinya. (Manakala) orang yang lemah itu adalah sesiapa
yang mengikut hawa nafsunya dan kemudian mengharap (pertolongan)
Allah.” (Riwayat Tirmidzi). Nah.. Benar bukan?", tanya ummi. Seketika kemudian aku mengangguk tanda setuju. Laungan azan yang menandakan masuknya waktu Isya' mula berkumandang.
"الله اكبر...الله اكبر "
"Dah, Ira pergi ambil wudu' kemudian solat Isyak berjemaah dengan ummi serta abi.." suruh ummi kepadaku. Ummi keluar dari bilikku diikuti dengan aku.



No comments:
Post a Comment