بسم الله الرحمن
الرحيم
اسلام عليكم ورحمة
وبركته
Alhamdulillah. Segala pujia bagi ALLAH, Tuhan Semesta Alam. Dah lama ana tak 'update' blog sesawang ni *bersih, bersih,bersih* Apa khabar semua? Ana, sihat wala'fiat, alhamdulillah. Pejam celik dah sampai bulan yang teristimewa, Ramadhan. Antum & antunna semua dah bersedia untuk menghadapinya? Cepat-cepatlah membuat persiapan. Ingatlah bahawa mungkin Ramadhan kali ini yang terakhir buat anda? Jadi, bersungguh-sungguhlah beramal ibadah. Ana ingin mohon maaf jika selama ini ana terkasar bahasa, terkutuk/gossip, termasam muka dan sebagainya. Ana juga manusia biasa. Setiap manusia pasti tidak akan terlepas daripada kesalahan. Tegurlah ana jika melakukan sebarang kesalahan. Hah! Lagi satu, jangan lupa tentang 10 hari pertama; RAHMAH, 10 hari kedua; MAGHFIRAH dan 10 hari terakhir; 'Itqun Minan Nar(terlepas seksaan dari azab api neraka). Yang paling penting, LAILATUL QADAR!
Remember, grab the chance while you can! Who knows this Ramadhan will be your last?
Muhabasah diri kita semua :)
[p/s Maaf jika ana ambil video tanpa kebenaran hak pemilik tersebut >.<]


No comments:
Post a Comment