بسم الله الرحمن
الرحيم
اسلام عليكم ورحمة
وبركته
p/s pada post kali ini berkisar tentang pengalaman baru author sendr ^^
Alhamdulillah. Nikmat pulang ke pangkuan keluarga tercinta sungguh bermakna dan tiada perkataana yang dapat menggambarkan perasaan itu. Walaupun hanya selama dua minggu tidak dapat berjumpa tapi kerinduan dihati tetap bertandang acap kali. Sabarlah wahai hati. Ya, benar mak dan abah tidak mengucapkan kerinduan kepada ana tapi ana dapat memahami melalui air muka dan perbuatan mereka. Tanpa mereka siapalah ana.
Semalam waktu ana "on the way" pulang ke rumah, singgah sebenter di R&R Dengkil untuk memenuhi perut yang sudah buat lagu, abang ana call mak ana bertanyakan sudah berada dimana. Ana pun pelik. Tapi ana buat seperti tak tahu sahaja. Sejurus itu, ana dan kedua orang tua terus pulang ke rumah.
Sewaktu dirumah...
Selang 2-3 minit, abang ana dan keluarganya sampai. Alangkah terkejutnya ana kerana "timing" untuk pulang ke rumah dan "benda" itu pun sampai. Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam. Ana hanya tersenyum sumbing sahaja. Ana terfikir sejenak betapa cantiknya perancangan Allah buat ana. Ya Allah, terima kasih.
Pada hari ini pula, di waktu pagi abah suruh ana membawa kereta secara tiba-tiba. Maklumlah, ana ini ada sahaja lesen tapi tak menggunakannya sebab trauma langgar "round about" jalan. Dahlah kereta abah. Kesian, ada kesan. Maaf ya, abah. Hehehe. Memandangkan dah lama tak membawa kereta, ana agak kekok dan takut membawanya. Setelah itu, mak ajak pergi Giant untuk membeli keperluan dapur yang telah habis. Sekali lagi, abah menyuruh ana membawa kereta. Setelah selesai semuanya, mak dan abah ana terus hantar ana pulang. Dari rumah ke R&R Dengkil abah yang bawa dan dari situ, abah memberi kunci kereta kepada ana. Faham-faham sahajalah kan? Suruh bawa balik hingga ke Melaka. Jauh tuh!
Mula-mula takut jugalah sebab "high-way". Itukan medium potong-memotong. Tak berani ana. Ana hanya bertawakal kepada Allah sahaja. Alhamdulillah, ana berjaya laksanakan tugas itu. Hehehe.
Tapi,
Setiap kali bertemu dengan tol pasti ana kene buka tali pinggang sebab ana tak mencapai ketinggian yang sepatutnya. Sedih nya -.-" (huhuhu..).
Sekian.
Jazakumullahu khairan kathiraa.

No comments:
Post a Comment