بسم الله الرحمن الرحيم
اسلام عليكم ورحمة وبركته
Pada perkongsian kali ini, ana, Balqis iaitu kakak kepada Insyirah, pula yang akan berceloteh. Hmm.. "Another a new year..." Cepatnya masa berlalu. Ehh? back to the point. Niat dan azam. Bila masuk tahun baru, pasti semua akan berazam macam-macam. Ada yang berazam nak kurangkan perbelanjaan, mengkhatamkan Al-Quran sebanyak 3 kalo sebulan dan sebagainya. Alhamdulillah, baguslah semua ingin berhijrah ke arah kebaikan. Mabruk! Sebab mempunyai niat disitu dan secara percuma ALLAH memberi pahala. Tapi, hanya sekadar bermada? Bila nak laksanakan niat? Seperti antum dan antunna ketahui, jika melaksanakan sesuatu niat mahmudah akan mendapat pahala. Jadi, tak mahu merebut peluang ke? Bak kata orang putih, "Grab the chance while you can..."
Sedangkan hadith pertama dalam kitab Hadith 40 oleh Imam Nawawi menekankan niat. Pasti ada sebab bukan? Fikir-fikirkan.
عَنْ أَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ أَبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ : إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى . فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ، وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ .
[رواه إماما المحدثين أبو عبد الله محمد بن إسماعيل بن إبراهيم بن المغيرة بن بردزبة البخاري وابو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيري النيسابوري في صحيحيهما اللذين هما أصح الكتب المصنفة]
[رواه إماما المحدثين أبو عبد الله محمد بن إسماعيل بن إبراهيم بن المغيرة بن بردزبة البخاري وابو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيري النيسابوري في صحيحيهما اللذين هما أصح الكتب المصنفة]
Maksud hadith
Dari Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khottob radiallahuanhu, dia berkata: Saya mendengar Rasulullah saw bersabda : Sesungguhnya setiap perbuatan tergantung niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas)berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya karena (ingin mendapatkan keridhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keridhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya karena dunia yang dikehendakinya atau karena wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan.(Riwayat dua imam hadith, Abu Abdullah Muhammad bin Isma’il bin Ibrahim bin Al Mughirah bin Bardizbah Al Bukhori dan Abu Al Husain, Muslim bin Al Hajjaj bin Muslim Al Qusyairi An Naishaburi dan kedua kitab Shahihnya yang merupakan kitab yang paling shahih yang pernah dikarang).
[Copy & paste serta sumber daripada: http://aki2004.wordpress.com/2012/04/15/hadith-40-1-kepentingan-niat-dalam-ibadat/]
Jika tahun lalu antum dan antunna kurang mengingati ALLAH dengan zikir, perbanyakkanlah. Jika tahun lalu antum dan antunna kurang membaca Al-Quran, perbanyakkanlah. Jika tahun lalu antum dan antunna tidak mendapat apa yang mahu, perbanyakkanlah doa. Jika tahun lalu antum dan antunna meninggalkan solat fardhu, lakukanlah. Jangan takut untuk berhijrah ke arah kebaikan. Jika tidak kuat, mohon doa kepada Yang Maha Esa. Ingat:
P/s Nasihat untuk diri dan semua. Ayuh laksanakan niat~


No comments:
Post a Comment