Saturday, 2 March 2013

Warkah dari seorang sahabat



بسم الله الرحمن الرحيم



اسلام عليكم ورحمة وبركته
 
5 tahun sebelumya

“Insyirah! Sini! Sini!”, panggil Humaira’ tatkala melihat kelibatku sambil melambai-lambai ke arahku. Lantas aku mengangguk dan menuju kepadanya.

“Ha, macam mana dengan keputusan enti? Flying colours? Straight A’s?”, bertalu-talu aku mengajukan soalan kepadanya seperti penjenayah dikehendaki. Humaira’ tepuk bahuku dengan perlahan sambil berbicara,

“Hish, enti ni.. Cuba bawak bersabar dulu. Mulut kalau dah bercakap macam perluru berpandu betul..”. Aku tersengih umpama kerang busuk kemudian mengangguk.
“Alhamdulillah~ Ana dapat Straight A’s..”, jawabnya sambil tersenyum. “Alhamdulillah.. Ya Allah, Engkau berkatilah dan permudahkanlah urusan sahabatku, Humaira’, di dunia serta akhirat..”, hati kecilku berdoa untuk Humaira’.

“Mabruk, ya zamilati! Ana doakan kejayaan enti di dunia serta akhirat”, ucapku sambil memeluk Humaira’ dalam keadaan gembira. Humaira’ mengangguk kemudian menarik tanganku lalu melihat papan yang menampalkan keputusan SPM, “Enti punya macam mana?”.
Aku tercari-cari namaku dibawah ratusan nama pelajar dan akhirnya terjumpa namaku. Aku melihat dan secara tidak langsung aku menitiskan air mata. Air mata kesedihan lancar mengalir sehingga ke pipi. Humaira’ yang sebentar tadi menolongku mencari namaku memandangku seraya memelukku serta mengusap bahuku dengan lembut.

“Kenapa ni, Insyirah?”, tanya Humaira’ kepadaku. Tatkala itu, aku menangis didalam pelukan Humaira’ dan aku pasti  Humaira’ mengetahui apa yang telah menimpa diriku lantas dia berkata,
“Insyirah, setiap kejadian pasti ada hikmahnya. Maka, husnudzon dengan ALLAH.”

Itulah kali terakhir aku berjumpa dengan Humaira’. Nama penuhnya Nur A’isya Humaira’ binti Abu Bakar. Humaira’ merupakan teman sepermainanku sejak kecil lagi dan juga sahabat karibku. Kami umpama ulat belungkas kerana sentiasa bersama-sama kemana jua pun. Ini merupakan kali pertama kami berpisah jauh demi mengejar cita-cita dan fisabillilah. Humaira’ telah ditawarkan pengajiannya  ke Russian State Medical University, Rusia dalam bidang perubatan.
 
Ummi menepuk bahuku seraya berkata, “Amboi, anak ummi ni… Berangan ya? Ummi tengah bercakap boleh pula dia berangan..” Aku mengukir senyuman nipis kemudian memandang bawah. 

“Ana rindukan Humaira’, ummi..”, tuturku. “Sabar, wahai puteriku. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan dan sebaliknya”, ujar ummi kemudian memberi sepucuk surat kepadaku sambil tersenyum kepadaku. Lantas itu, sepucuk surat beralih tangan dan aku membelek surat itu. “Aik? Siapa pula nak hantar surat ni? Ada orang bagi surat cinta kot.. Hehehe…”, hati kecilku berkata-kata.

 

 
Mataku sudah dipenuhi dengan air bertakung kemudian aku melipat surat yang telah ku nantikan sekian lama. Ummi yang sedang memerhatikan aku memelukku sambil mengusap kepalaku.
"Wahai puteri kesayanganku, ingatlah bahawa tali ukhuwah yang terbina tidak akan terputus selamanya walaupun seorang individu berada di Kutub Utara sementara seorang lagi berada di Kutub Selatan. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan dan sebaliknya. Oleh itu, hargailah setiap detik yang dilalui bersama-sama sahabatmu...", nasihat ummi kepadaku. Aku mengangguk.
 
 
p/s maaf kerana membuat para pembaca ternanti-nanti. jika ada kekurangan, dipersilakan menegur dan membetulkan kesilapan.


No comments:

Post a Comment