Thursday, 1 August 2013

Bersahabatlah dengan Al-Quran

 
بسم الله الرحمن الرحيم



اسلام عليكم ورحمة وبركته
 
 
 


 
 
p/s Maaf jika ana mengambil video ini tanpa pengetahuan hak pemilik tersebut

Monday, 8 July 2013

Ahlan Wa Sahlan, Ya Ramadhan

بسم الله الرحمن الرحيم
 


اسلام عليكم ورحمة وبركته
 
Alhamdulillah. Segala pujia bagi ALLAH, Tuhan Semesta Alam. Dah lama ana tak 'update' blog sesawang ni *bersih, bersih,bersih* Apa khabar semua? Ana, sihat wala'fiat, alhamdulillah. Pejam celik dah sampai bulan yang teristimewa, Ramadhan. Antum & antunna semua dah bersedia untuk menghadapinya? Cepat-cepatlah membuat persiapan. Ingatlah bahawa mungkin Ramadhan kali ini yang terakhir buat anda? Jadi, bersungguh-sungguhlah beramal ibadah. Ana ingin mohon maaf jika selama ini ana terkasar bahasa, terkutuk/gossip, termasam muka dan sebagainya. Ana juga manusia biasa. Setiap manusia pasti tidak akan terlepas daripada kesalahan. Tegurlah ana jika melakukan sebarang kesalahan. Hah! Lagi satu, jangan lupa tentang 10 hari pertama; RAHMAH, 10 hari kedua; MAGHFIRAH dan 10 hari terakhir; 'Itqun Minan Nar(terlepas seksaan dari azab api neraka). Yang paling penting, LAILATUL QADAR!
 
Remember, grab the chance while you can! Who knows this Ramadhan will be your last?
Muhabasah diri kita semua :)
 
 
 
[p/s Maaf jika ana ambil video tanpa kebenaran hak pemilik tersebut >.<]
 
 

Sunday, 3 March 2013

Pengalaman baru

بسم الله الرحمن الرحيم





اسلام عليكم ورحمة وبركته
 
p/s pada post kali ini berkisar tentang pengalaman baru author sendr ^^
 
Alhamdulillah. Nikmat pulang ke pangkuan keluarga tercinta sungguh bermakna dan tiada perkataana yang dapat menggambarkan perasaan itu. Walaupun hanya selama dua minggu tidak dapat berjumpa tapi kerinduan dihati tetap bertandang acap kali. Sabarlah wahai hati. Ya, benar mak dan abah tidak mengucapkan kerinduan kepada ana tapi ana dapat memahami melalui air muka dan perbuatan mereka. Tanpa mereka siapalah ana.
 
Semalam waktu ana "on the way" pulang ke rumah, singgah sebenter di R&R Dengkil untuk memenuhi perut yang sudah buat lagu, abang ana call mak ana bertanyakan sudah berada dimana. Ana pun pelik. Tapi ana buat seperti tak tahu sahaja. Sejurus itu, ana dan kedua orang tua terus pulang ke rumah.
 
Sewaktu dirumah...
 
Selang 2-3 minit, abang ana dan keluarganya sampai. Alangkah terkejutnya ana kerana "timing" untuk pulang ke rumah dan "benda" itu pun sampai. Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam. Ana hanya tersenyum sumbing sahaja. Ana terfikir sejenak  betapa cantiknya perancangan Allah buat ana. Ya Allah, terima kasih.
 
Pada hari ini pula, di waktu pagi abah suruh ana membawa kereta secara tiba-tiba. Maklumlah, ana ini ada sahaja lesen tapi tak menggunakannya sebab trauma langgar "round about" jalan. Dahlah kereta abah. Kesian, ada kesan. Maaf ya, abah. Hehehe. Memandangkan dah lama tak membawa kereta, ana agak kekok dan takut membawanya. Setelah itu, mak ajak pergi Giant untuk membeli  keperluan dapur yang telah habis. Sekali lagi, abah menyuruh ana membawa kereta. Setelah selesai semuanya, mak dan abah ana terus hantar ana pulang. Dari rumah ke R&R Dengkil abah yang bawa dan dari situ, abah memberi kunci kereta kepada ana. Faham-faham sahajalah kan? Suruh bawa balik hingga ke Melaka. Jauh tuh!
 
Mula-mula takut jugalah sebab "high-way". Itukan medium potong-memotong. Tak berani ana. Ana hanya bertawakal kepada Allah sahaja. Alhamdulillah, ana berjaya laksanakan tugas itu. Hehehe.
 
Tapi,
 
Setiap kali bertemu dengan tol pasti ana kene buka tali pinggang sebab ana tak mencapai ketinggian yang sepatutnya. Sedih nya -.-" (huhuhu..).
 
Sekian.
 
Jazakumullahu khairan kathiraa.

Saturday, 2 March 2013

Demi masa



بسم الله الرحمن الرحيم



اسلام عليكم ورحمة وبركته
 
Hari ini bermulanya semester baru bagi aku. Sejurus sahaja pendaftaran selesai tadi lantas aku mengemas bilik yang bakal kududuki selama satu semester ini. Bilik yang aku duduki ini tidaklah sebesar mana hanya mampu menampung sebanyak empat orang sahaja dan berdekatan dengan cafe pelajar. Tidak lama kemudian, azan Asar berkumandang lalu aku mengambil wudu' dan bersiap sedia untuk menunaikan kewajipanku terhadap Sang Pencipta. Selesai usai solat Asar, aku berteluku di atas sejadah. Fikiranku merewang ke awang-awangan.
 
"Cepatnya masa berlalu dalam sekelip mata. Dua tahun lepas, baru sahaja aku menduduki SPM. Kini, aku berada di universiti tempatan. Sungguhku tak percaya. Agaknya apalah sahabat-sahabatku lakukan sekarang? Semua sudah ada haluan sendiri...", aku bermonolog sendirian.
 
"Insyirah, cepat! cepat! Nanti kita terlambat masuk ke kelas!" laung Humaira' yang sedang berlari dihadapanku dan merupakan sahabat karibku sejak kecil lagi.
 
Aku dan sahabat yang lain berlari dibelakangnya hanya tersenyum nipis. Akan tetapi, kami terlewat juga memasuki kelas dan dihukum oleh Ustaz Umair. Kami tidak dibenarkan memasuki kelasnya selama dua minggu. Oleh disebabkan itu, apabila tiba waktu mata pelajaran Ustaz Umair, kami bermain badminton di dewan sehingga ditangkap oleh pengetua sekolah. Kami hanya menayangkan sengih sahaja dek kerana pengetua seorang yang "sporting"!. Jangan terkejut, pengetua juga join sekaki! Aku ketawa kecil tatkala peristiwa itu bertandang di kotak memoriku.
 
Tiba-tiba...
 
"Hah!" jerkah Mawaddah ke gegendang telingaku. Aku tersentak dan mengurut dadaku. "Huish.. enti ni. Tak bagi salam terus jerkah ana, ya. Terkejut ana. Lama-lama sakit jantung ana asyik kena jerkah dengan enti", bebelku kepada teman sebilikku, Mawaddah. Mawaddah hanya tersenyum sumbing.
 
Nama penuhnya, Nur Mawaddah binti Muhammad Yusuf. Dia berasal dari pantai utara dan aku mengenalinya sejak dari masa kami di asasi dulu. Aku menyukai sifatnya yang bersederhana, baik, mengambil berat terhadap rakan-rakan dan sentiasa menghulurkan bantuan ketika susah.
 
"Ana asifah, ya Insyirah. Maafkan ya, tak sengaja.." ucapnya sambil menayangkan muka seposen. Aku mencebik.
 
"Yalah, ana maafkan." ujarku perlahan. "Kenapa dengan enti ni? Hmm. Ada masalah ke?" tanyanya kepadaku.
 
Aku menggeleng kepalaku seraya berkata, "Ana teringat kembali zaman persekolahan. Ana macam tak percaya betapa cepatnya masa berlalu. Masa yang lalu tidak berulang lagi hanya tinggal menjadi kenangan yang dititipkan oleh insan yang tersayang". Mawaddah hanya mengangguk sahaja.
 
 
 
 

 
"Arwah nenek selalu berpesan kepada Mawaddah tentang masa. Dulu, ana sering mengambil remeh-temeh tentang masa dan nasihat nenek sampailah satu hari nenek telah pergi bertemu Yang Maha Esa. Masa itu, ana rasa dunia ana kelam dan tidak tentu arah kerana nenek telah tiada. Beberapa hari kemudian, usai sahaja solat Maghrib, ana terdengar ceramah di televisyen tentang masa dan mengupas isu tersebut. Ana tertarik dengan penyampaian ustazah tersebut. Ana terus membuka Al-Quran dan menelaah Surah Al-'Asr sambil menitis air mata tatkala mengingatkan masa lalu yang penuh dengan perkara yang tidak berfaedah. Ana bersyukur kerana mempunyai seorang nenek yang sentiasa menasihati ana dan antara manusia yang tidak berada dalam kerugian. Setelah itu, ana mula menitik beratkan tentang masa dan berusaha untuk tidak tergolong dalam orang-orang yang rugi", ujar panjang lebar Mawaddah.
 
p/s mohon maaf atas kekurangan dalam penyampaian mesej. dan seharusnya post ini datang dulu sebelum post "warkah dari seorang sahabat"...


Warkah dari seorang sahabat



بسم الله الرحمن الرحيم



اسلام عليكم ورحمة وبركته
 
5 tahun sebelumya

“Insyirah! Sini! Sini!”, panggil Humaira’ tatkala melihat kelibatku sambil melambai-lambai ke arahku. Lantas aku mengangguk dan menuju kepadanya.

“Ha, macam mana dengan keputusan enti? Flying colours? Straight A’s?”, bertalu-talu aku mengajukan soalan kepadanya seperti penjenayah dikehendaki. Humaira’ tepuk bahuku dengan perlahan sambil berbicara,

“Hish, enti ni.. Cuba bawak bersabar dulu. Mulut kalau dah bercakap macam perluru berpandu betul..”. Aku tersengih umpama kerang busuk kemudian mengangguk.
“Alhamdulillah~ Ana dapat Straight A’s..”, jawabnya sambil tersenyum. “Alhamdulillah.. Ya Allah, Engkau berkatilah dan permudahkanlah urusan sahabatku, Humaira’, di dunia serta akhirat..”, hati kecilku berdoa untuk Humaira’.

“Mabruk, ya zamilati! Ana doakan kejayaan enti di dunia serta akhirat”, ucapku sambil memeluk Humaira’ dalam keadaan gembira. Humaira’ mengangguk kemudian menarik tanganku lalu melihat papan yang menampalkan keputusan SPM, “Enti punya macam mana?”.
Aku tercari-cari namaku dibawah ratusan nama pelajar dan akhirnya terjumpa namaku. Aku melihat dan secara tidak langsung aku menitiskan air mata. Air mata kesedihan lancar mengalir sehingga ke pipi. Humaira’ yang sebentar tadi menolongku mencari namaku memandangku seraya memelukku serta mengusap bahuku dengan lembut.

“Kenapa ni, Insyirah?”, tanya Humaira’ kepadaku. Tatkala itu, aku menangis didalam pelukan Humaira’ dan aku pasti  Humaira’ mengetahui apa yang telah menimpa diriku lantas dia berkata,
“Insyirah, setiap kejadian pasti ada hikmahnya. Maka, husnudzon dengan ALLAH.”

Itulah kali terakhir aku berjumpa dengan Humaira’. Nama penuhnya Nur A’isya Humaira’ binti Abu Bakar. Humaira’ merupakan teman sepermainanku sejak kecil lagi dan juga sahabat karibku. Kami umpama ulat belungkas kerana sentiasa bersama-sama kemana jua pun. Ini merupakan kali pertama kami berpisah jauh demi mengejar cita-cita dan fisabillilah. Humaira’ telah ditawarkan pengajiannya  ke Russian State Medical University, Rusia dalam bidang perubatan.
 
Ummi menepuk bahuku seraya berkata, “Amboi, anak ummi ni… Berangan ya? Ummi tengah bercakap boleh pula dia berangan..” Aku mengukir senyuman nipis kemudian memandang bawah. 

“Ana rindukan Humaira’, ummi..”, tuturku. “Sabar, wahai puteriku. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan dan sebaliknya”, ujar ummi kemudian memberi sepucuk surat kepadaku sambil tersenyum kepadaku. Lantas itu, sepucuk surat beralih tangan dan aku membelek surat itu. “Aik? Siapa pula nak hantar surat ni? Ada orang bagi surat cinta kot.. Hehehe…”, hati kecilku berkata-kata.

 

 
Mataku sudah dipenuhi dengan air bertakung kemudian aku melipat surat yang telah ku nantikan sekian lama. Ummi yang sedang memerhatikan aku memelukku sambil mengusap kepalaku.
"Wahai puteri kesayanganku, ingatlah bahawa tali ukhuwah yang terbina tidak akan terputus selamanya walaupun seorang individu berada di Kutub Utara sementara seorang lagi berada di Kutub Selatan. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan dan sebaliknya. Oleh itu, hargailah setiap detik yang dilalui bersama-sama sahabatmu...", nasihat ummi kepadaku. Aku mengangguk.
 
 
p/s maaf kerana membuat para pembaca ternanti-nanti. jika ada kekurangan, dipersilakan menegur dan membetulkan kesilapan.


Wednesday, 2 January 2013

Bila Balqis berkata-kata

 
 
بسم الله الرحمن الرحيم
 
اسلام عليكم ورحمة وبركته
 

Pada perkongsian kali ini, ana, Balqis iaitu kakak kepada Insyirah, pula yang akan berceloteh. Hmm.. "Another a new year..." Cepatnya masa berlalu. Ehh? back to the point. Niat dan azam. Bila masuk tahun baru, pasti semua akan berazam macam-macam. Ada yang berazam nak kurangkan perbelanjaan, mengkhatamkan Al-Quran sebanyak 3 kalo sebulan dan sebagainya. Alhamdulillah, baguslah semua ingin berhijrah ke arah kebaikan. Mabruk! Sebab mempunyai niat disitu dan secara percuma ALLAH memberi pahala. Tapi, hanya sekadar bermada? Bila nak laksanakan niat? Seperti antum dan antunna ketahui, jika melaksanakan sesuatu niat mahmudah akan mendapat pahala. Jadi, tak mahu merebut peluang ke? Bak kata orang putih, "Grab the chance while you can..."

Sedangkan hadith pertama dalam kitab Hadith 40 oleh Imam Nawawi menekankan niat. Pasti ada sebab bukan? Fikir-fikirkan.
عَنْ أَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ أَبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ : إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى . فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ، وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ .
[رواه إماما المحدثين أبو عبد الله محمد بن إسماعيل بن إبراهيم بن المغيرة بن بردزبة البخاري وابو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيري النيسابوري في صحيحيهما اللذين هما أصح الكتب المصنفة]

Maksud hadith

Dari Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khottob radiallahuanhu, dia berkata: Saya mendengar Rasulullah saw bersabda : Sesungguhnya setiap perbuatan tergantung niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas)berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya karena (ingin mendapatkan keridhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keridhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya karena dunia yang dikehendakinya atau karena wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan.
(Riwayat dua imam hadith, Abu Abdullah Muhammad bin Isma’il bin Ibrahim bin Al Mughirah bin Bardizbah Al Bukhori dan Abu Al Husain, Muslim bin Al Hajjaj bin Muslim Al Qusyairi An Naishaburi dan kedua kitab Shahihnya yang merupakan kitab yang paling shahih yang pernah dikarang).



Jika tahun lalu antum dan antunna kurang mengingati ALLAH dengan zikir, perbanyakkanlah. Jika tahun lalu antum dan antunna kurang membaca Al-Quran, perbanyakkanlah. Jika tahun lalu antum dan antunna tidak mendapat apa yang mahu, perbanyakkanlah doa. Jika tahun lalu antum dan antunna meninggalkan solat fardhu, lakukanlah. Jangan takut untuk berhijrah ke arah kebaikan. Jika tidak kuat, mohon doa kepada Yang Maha Esa. Ingat:

 
P/s Nasihat untuk diri dan semua. Ayuh laksanakan niat~
 

Thursday, 27 December 2012

Kematianku kian menghampiri


بسم الله الرحمن الرحيم
 
اسلام عليكم ورحمة وبركته
 
 
Aku terdiam sebentar tatkala membaca ayat ini. Aku berasa berdebar-debar tatkala aku memikirkan hal kematian. Aku sering kali alpa dan abai larangan Yang Maha Esa. Aku menutup Al-Quran dan kemudian menyimpan di rak buku. Aku duduk di birai katil sambil mataku memandang ke lantai umpama sinaran laser uv walhal mindaku merewang ke mana entah. Aku muhasabah diriku yang penuh dengan dosa dan noda. Aku menangis teresak-esak sehingga ummi yang kebetulan lalu di hadapan bilikku menjengah masuk.
 
"Puteri ummi ni, kenapa?", tanya ummi kepadaku setelah mengambil posisi disebelahku.
 
"U-um..U-mmi.. Ira banyak buat dosa, ummi.. Terlalu banyak...", kataku dengan suara yang tersekat-sekat kepada ummi. Ummi mengusap kepalaku sambil memelukku menandakan ummi memahami isi hatiku.
 
"Bawa bertenang, anakku.. Ummi faham. Ummi pun ada buat khilaf.. Tiada manusia yang sempurna dalam dunia. Kalau semua manusia berbuat kebaikan, tiadalah mungkar di atas muka bumi ini", ujar ummi sambil tersenyum.
 
"Ira.. Ira takut untuk menghadapi kematian, ummi. Apakah Ira bersedia dengan bekalan Ira yang serba kekurangan tatkala Malaikat Izrail datang menyapa? Apakah Ira mampu menjawab pertanyaan Malaikat Mungkar dan Nankir di alam kubur kelak? Adakah amal soleh Ira di dunia mampu menghantar Ira ke syurga? Pelbagai soalan datang bertandang di minda Ira, ummi..", bertali-arus aku menanyakan kepada ummi yang tersenyum dan tenang.

 
"Ira, mahu tahu sesuatu tak? Sebenarnya, ketika Ira sedang mengingati kematian, secara tidak langsung, Ira akan berfikir cara untuk mendekatkan diri dengan Allah lebih dekat. Secara tidak langsung, iman dan aqidah akan lebih kuat serta teguh kerana mendekatkan diri dengan Allah sahaja. Jika, seseorang hambaNYA mendekatkan diri dengan Dia selangkah, Dia akan mendekatkan diri kepada hambaNYA itu tadi dengan berlangkah-langkah. Tak lupa juga, orang yang mengingati kematiannya adalah orang yang bijak sebenarnya..", ujar ummi yang panjang lebar kepadaku.
 
"Eh? Ya ke, ummi? Bukan ke orang yang bijak adalah orang yang mendapat keputusan yang cemerlang?" soalku kepada ummi sambil tertanya-tanya. Pelik. "Betul lah kan...", ucap kata hati kecilku.
 
"Salah, wahai puteriku. Di dalam sebuah hadis Nabi diriwayatkan bersabda yang bermaksud : “Orang yang bijak itu adalah orang yang mempersiapkan dirinya dan beramal (bekerja) untuk bekalan selepas matinya. (Manakala) orang yang lemah itu adalah sesiapa yang mengikut hawa nafsunya dan kemudian mengharap (pertolongan) Allah.” (Riwayat Tirmidzi). Nah.. Benar bukan?", tanya ummi. Seketika kemudian aku mengangguk tanda setuju. Laungan azan yang menandakan masuknya waktu Isya' mula berkumandang. 
 
"الله اكبر...الله اكبر "
 
"Dah, Ira pergi ambil wudu' kemudian solat Isyak berjemaah dengan ummi serta abi.." suruh ummi kepadaku. Ummi keluar dari bilikku diikuti dengan aku.
 
 
 
P/s: Ingatan buat diri serta para pembaca. Ana memohon maaf secara zahir atau batin atas kesemua khilaf yang pernah dilakukan.